Tuesday, December 28, 2010

masjid - masjid yang ku kagumi di seluruh pelusuk dunia

Senarai masjid - masjid terbesar di dunia

20. Masjid Al-Aqsa
      Lokasi : Baitul Maqdis, Palestin
      Kapasiti : 5000 jemaah
      Penerangan : Masjid ketiga paling suci selepas Masjid Nabawi dan Masjid Al-Haram. Dikenali sebagai masjid paling jauh dan ia mungkin diambil daripada peristiwa Isra dan Mi'raj. 


19. Masjid e Tooba
      Lokasi : Karachi, Pakistan
      Kapasiti : 5,000 jemaah
      Penerangan : Dibina pada tahun 1969. Tersenarai antara kubah masjid terbesar di dunia. Mempunyai  sebuah menara masjid setinggi 70m


18. Masjid Al Fateh
      Lokasi : Bahrain
      Kapasiti : 7,000 jemaah
      Penerangan : Kubah besar yang dipasang di atas Masjid Al-Fatah dibuat daripada gentian kaca asli. Beratnya lebih 60 tan dan merupakan gentian kaca terbesar di dunia


17. Masjid Sultan Ahmed
      Lokasi : Istanbul, Turki
      Kapasiti : 8,000 jemaah
      Penerangan : Dikenali sebagai masjid biru. Dibina pada tahun antara 1596 dan 1906. mempunyai sejarah tersendiri (panjang sangat kalau nak diterangkan). 


16. Masjid Ahmad Kadrov
      Lokasi : Grozny, Checnya
      Kapasiti : 10,000 jemaah
      Penerangan : Masjid paling besar di Eropah dibina di Rusia. Dirasmikan pada 18 Oktober 2008. Mempunyai menara setinggi 180 kaki.


15. Masjid Baitul Futuh
      Lokasi : London
      Kapasiti : 10,000 jemaah
      Penerangan : Dibina pada tahun 2003 dengan keluasan 21000m persegi. 


14. Masjid E-Aqsa 
      Lokasi : Rabwah, Pakistan
      Kapasiti : 12,000 jemaah
      Penerangan : Dibuka pada Mac 1972. 


13. Masjid Negara
      Lokasi : Kuala Lumpur, Malaysia
      Kapasiti : 15,000 jemaah
      Penerangan : Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965. Diperbuat daripada konkrit, mempunyai menara setinggi 235 kaki. Masjid Negara merupakan lambang keagungan islam dan sebagai agama rasmi di  Malaysia                       


12. Masjid Id Kah
      Lokasi : Kashgar, Xinjiang, di sebelah barat negara China
      Kapasiti : 10,000 jemaah
      Penerangan : Merupakan masjid terbesar di China dengan keluasan 16,800m persegi.


11. Masjid Sultan Qaboos
      Lokasi : Oman
      Kapasiti : 20,000 jemaah
      Penerangan : Merupakan pemenang rekaan masjid oleh Bausher Construction. Mempunyai kubah dan menara setinggi 90m dan 4 menara mengapit setinggi 45.5m. Siap dibina pada tahun 2001.


10. Masjid Baitul Mukarram
      Lokasi : Dhaka, Bangladesh
      Kapasiti : 30,000 jemaah
      Penerangan : Siap dibina pada tahun 1968. Namun begitu, masjid tersebut sentiasa penuh sesak. Kerajaan Bangladesh telah memutuskan untuk melebarkan lagi kawasan masjid.


9. Masjid Jama
    Lokasi : Delhi, India
    Kapasiti : 25,000 jemaah
    Penerangan : Siap dibina pada tahun 1956. Masjid ini didirikan oleh Kaisar Mogul, Syah Jahan, yang juga membangunkan Taj Mahal.


8. Masjid Sheikh Zayed
    Lokasi : Abu Dhabi, UAE
    Kapasiti : 40,000 jemaah
    Penerangan : Dibuka pada bulan Ramadan 2007. Masjid ini mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar di dunia. Terdapat 7 lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas



7. Masjid Badshahi
    Lokasi : Lahore, Pakistan
    Kapasiti : sehingga 100,000 jemaah (10,000 jemaah di ruang solat utama)
    Penerangan : Juga dikenali sebagai 'Masjid Kaisar' merupakan masjid kedua terbesar di Pakistan dan Asia Selatan.


6. Masjid Faisal
    Lokasi : Islamabad, Pakistan
    Kapasiti : Sehingga 300,000 jemaah (100,000 jemaah di ruang solat utama)
    Penerangan : Merupakan masjid terbesar di Pakistan dan merupakan masjid terbesar di Asia Selatan. Mempunyai menara setinggi 80m (260 kaki) dengan keluasan 54,000 kaki persegi. Siap dibina pada 1986    


5. Masjid Sultan Hassan II
    Lokasi : Casablanca, Maghribi (Morocco)
    Kapasiti : 25,000 jemaah (dapat memuatkan sehingga 105,000 jemaah)
    Penerangan : Masjid indah ini menghadap ke Lautan Atlantik, mempunyai menara tertinggi di dunia iaitu setinggi 210m (689 kaki) dengan keluasan 970,000 kaki persegi. Siap dibina pada tahun 1993


4. Masjid Istiqlal
    Lokasi : Jakarta, Indonesia
    Kapasiti : 120,000 jemaah
    Penerangan : Merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Keluasan 1,022,571.49 kaki persegi. Menjadi monumen penting dan merupakan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Mempunyai menara setinggi 90m. Siap dibina pada tahun 1978.


3. Masjid Ali Pasha
    lokasi : Mesir
    Kapasiti : tidak diketahui
    Penerangan : Ia merupakan masjid ketiga terbesar di dunia dengan keluasan 6,443,943.95 kaki persegi. Mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri. Dibina pada tahun antara 1830 dan 1848 dan dibina di dalam kawasan benteng.


2. Masjid Nabawi
    Lokasi : Madinah, Arab Saudi
    Kapasiti : 600,000 jemaah (menjangkau 1,000,000 jemaah pada musim Haji)
    Penerangan : Juga disebut sebagai Masjid Nabi, merupakan masjid kedua paling suci selepas Masjid Al-Haram. Tinggi menara masjid utama ialah 44.53m.


1. Masjid Al-Haram
    Lokasi : Mekah, Arab Saudi
    Kapasiti : 900,000 jemaah (menjangkau 4,000,000 jemaah pada musim Haji)
    Penerangan : Merupakan masjid paling suci di Bumi. Masjid ini mengelilingi Ka'abah yang juga merupakan kiblat bagi umat islam di seluruh dunia.



Terima kasih kerana singgah di blog saya. Informasi ini adalah sangat penting dan wajib diketahui oleh seluruh masyarakat. Terima kasih. Created on Dec 29, 2010

No comments:

Post a Comment