Thursday, December 30, 2010

CIPTAAN TERHEBAT MANUSIA

Sini saya ingin berkongsi ngn pembaca2 mengenai sesuatu yang telah kita ketahui iaitu 7 keajaiban di dunia..tapi di blog saya, saya tnjuk kesemuanya yang pernah tersenarai dalam 7 keajaiban ciptaan manusia di dunia (sebelum dan selepas Masihi)


1. Tembok Besar China atau 'Great Wall of China'
Ia merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17 untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali sebagai Mongolia dan Manchuria

Panjang Tembok Besar China ialah kira-kira 6,400km bermula dari Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada tahun 2009, satu tinjauan arkeologi melaporkan pangang keseluruhan tembok, dengan segala-galanya, menjangkau 8,851.8km


2. Taj Mahal
Ia terletak di tebing sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1641-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang ketiga. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648

Bangunan ini dikatakan 'permata senibina islam'. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lauhari. Pada tahun 1631, Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14, Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631. 

Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematian isterinya. Arkitek Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang tersiri daripada tukang batu, tukang emas dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta mozek yang indah. Sebanyak 43 jenis batu permata termasuk berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun. 


3. Colosseum 
Ia sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di EMpayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespian di antara tahun 70 dan 72, dan siap dibina pada tahun 80 oleh anak lelakinya, Titus. Colosseum berada pada Zaman Pertengahan Awal, terletak di Rom, Itali

Colosseum digunakan sehingga tahun 217, meskipun telah rosak akibat kebakaran kerana disambar petir. Colosseum telah diperbaiki pada tahun 238 dan menjadi tempat pertunjukan gladiator sehingga ia beransur-ansur dihentikan. Bangunan ini kemudian digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis binatang sehingga tahun 524. Dua gempa bumi berlaku pada tahun 442 dan 508 menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan tersebut. Colosseum mengalami kerosakan lebih teruk sekali oleh dua gempa bumi pada tahun 847 dan 1349.

Banyak batu marmar digunakan untuk membangun bahagian-bahagian Colosseum yang telah rosak kerana terbakar. Pada abad ke-16 dan 17, keluarga-keluarga Roman menggunakan colosseum sebagai tempat pengambilan batu marmar untuk pembinaan Basilika St. Peter dan kediaman khusus palazzi, keluarga Roman. Pada 1749, ada sebuah bentuk dari pemeliharaan, Paus Benedict XIV melarang untuk menggunakan Colosseum sebagai tempat perlombongan. Pada 2000, satu protes keras di Itali dalam rangka menentang penggunaan hukuman mati untuk negara-negara di seluruh dunia. Sejak itu, sebagai isyarat menentang hukuman mati, penduduk tempatan mengganti warna Colosseum di malam hari dari putih menjadi emas dangan menggunakan lilin dan lampu neon sampai pada saat di mana seluruh dunia menghapuskan tindakan penghukuman mati itu.


4. Piramid Giza
Dipercayai dibina sebagai makan untuk Firaun Khufu (tempoh pemerintahan : 2606-3583 SM) daripada Warga Mesir keempat. Arkitek ialah Hemon, saudara Khufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM dan menelan masa 20 tahun. Piramid Agung Khufu merupakan piramid terbesar dan paling terkenal serta tertua antara 3 piramid (Piramid Khufu, Khafre dan Menkaure). 

Sewaktu pembinaan, ketinggian Piramid Khufu 145.5m (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan kecurian batu yang teratas, ketinggian kini ialah 139m (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukur 231m (758 kaki) dan meliputi kawasan 5.3 hektar. pada tahun 1301, satu gempa bumi besar melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkat ke Cairo untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong de sekitar kaki piramid. Ia mengandungi 2 juta blok batu yang setiap satunye seberat 1 tan. Seluruh Piramiddiliputi batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh. 

Piramid ini dibina menggunakan batu kapur, basalt atau granit yang dipotong dan dibentuk. Terasnya diperbuat daripada batu kapur kasar berkualiti rendah diambil dari kuari di selatan Piramid khufu. Blok batu tersebut seberat purata 2-4 tan dengan yang terberat digunakan sebagai asas piramid, anggaran 2.4 juta blok digunakan dalam pembinaan. 









4. Petra, Jordan
Ia merupakan kota bersejarah dan arkeologi yang terletak di kawasan pemerintahan Jordan di Ma'an. Petra merupakan satu hasil senibina pemotongan batu dan sistem pembuluh air. Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabatea. Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah, lembah besar yang merentang antara Laut Mati ke Teluk Aqaba. 
Tempat ini tidak diketahui oleh Dunia Barat sehingga tahun 1812 apabila is diperkenalkan oleh seorang penjelajah Switzerland. Ia deperincikan sebagai 'a rose-red city half as old as time'.




5. Machu Picchu
Juga dikenali sebagai Kota Purba Inca. Ia sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Colombus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m di atas permukaan laut. Machu picchu berada di atas lembah Uruban\mba di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco. Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangunkan pada sekitar 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inka. Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat dunia antarabangsa, tetapi tidak oleh masyarakat tempatan. Tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahli arkeologi , Hiram Bingham III yang menemukannya kembali pada tahun 1911. Sejak itu, Machu Picchu menjadi tempat pelancongan berasaskan sejarah yang menarik bagi para pelancong tempatan mahupun asing.




6. Christ the Redeemer (Patung Kristus Penebus) 
Patung itu setinggi 38 m yang juga terletak di puncak Gunung Corcovado yang tingginya 710 m di Taman Nasional Hutan Tijuca, yang menghadap ke kota. Patung ini menjadi simbol umat Kristian dan menjadi simbol kebanggaan kota. Tangan patung ini dilihat sebagai kehangatan penduduk brasil. Pembangunan sebuah patung besar di puncak Corcovado telah muncul sejak pertengahan 1850-an ketika imam katolik, Pedro Maria Boss meminta dana dari Putri Isabel untuk membangun sebiah monumen keagamaan yang besar. Putri Isabel tidak mempersetujui gagasan itu, yang kemudian sama sekali dilupakan pada 1889, ketika Brasil menjadi republik, dengan undang-undang mewajibkan pemisahan geraja dari negara.

Usul kedua untuk sebuah tanda tanah yang besar berupa patung di gunung itu dibuat pada 1921 oleh Biskop Agung Rio de Janeiro. Biskop Agung menganjurkan sebuah acara disebut Semana do Monumento (minggu monumen) untuk menarik para penyumbang, yang kebanyakan berasal dari katolik Brazil. Rancangan-rancangannya dipertimbangkan untuk 'patung kristian' termasuk sebuah persembahan dari salib Kristian, sebuah patung Jesus dengan glob di tangannya, dan sebuah pedestal yang melambangkan dunia. Akhirnya patung Kristian dengan tangan terbuka yang dipilih dan dibina di Brazil.

Projek ini siap dibina selama 9 tahun dari 1922 hingga 12 Oktobar 1931, dengan pembiayaan 250,000 dollar  US. Untuk melihat patung ini dari dekat, pelancong harus menaiki 220 anak tangga. Pada 20 jan 2003, telah dibangunkan lif dan eskalator




7. Chichen itza 
Ia merupakan tapak Maya di Mexico pada abad 800 SM. Piramid Kukulcan dipercayai sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi peradaban bangsa Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan (kini wilayah Mexico). Itza menjadi titik tangah bangunan lain seperti Piramid Kukulcan, Candi Chac Mool dan bangunan seribu tiang. Candi ini dibangun antara tahun 502-505. Suku Maya hanya menempatinya selama 200 tahunm kemudian berpindah ke daerah pantai di Campeche 



8. Stonehenge 
Stonehenge merupakan satu binaan Zaman Gangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di Wiltshire, England, sekitar 13 km di barat laut, Salisbury. Stonehenge merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan, yang dikenali sebagai metalit. Terdapat pertikaian mengenai usia sebenar bulatan batu, tetapi kebanyakan ahli kaji purba mengandaikan bahawa sebahagian besar binaan Stonehenge dibina antara 2500 SM hingga 2000 SM. Bulatan tambak tanah dan parit membentuk fasa pembinaan tugu Stonehenge yang lebih awal iaitu sekitar 3100 SM.



9. Alhambra
Juga bermaksud 'Istana Merah' adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol (dikenali sbg Al-Andalus apabila kotanya dibina), menduduki atas bukit ters di tenggara sempadan di bandaraya Granada ini. Ini adala tempat tinggal raja-raja Muslim Granada dan mahkamah mereka, tetapi sekarang sebuah muzium yang mempamerkan kecantikan gaya senibina islam



10. Angkor Wat
Ia dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke-12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun, Angkor Wat terletak di dataran Angkor di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil paling terkenal di dataran Angkor. Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan Gunung MEru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewa Hindu. Dengan itu menara Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam pembinaan Angkor Wat.

Kawasan Angkor Wat dikelilingi dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk ke Angkor Wat sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke-13. Kuil Angkor pernah dijelajah oleh Siam pada tahun 1431



11. Neuschwanstein Castle
Merupakan salah sebuah istana tercantik di dunia. Ia terletak di atas pergunungan , menjadi inspirasi kepada Wald Disney Magic Kingdom. Ia merupakan istana paling ramai dilawati dan di foto di Jerman dengan hampir 6000 pengunjung sehari pada waktu cuti musim panas.


12. Easter Island
Moai atau mo'ai merupakan bongkah batu berbentuk manusia diukir daripada batu di Pulau Polynesia, Pulau Easter, Chile antara tahun 1250 dan 1500. Hampir separuh jumlah moai yang masih ada ditemui di Rano Rarako, tetapi beratus-ratus moai telah dipindahkan dari situ lalu diletakkan di atas pelantar batu yang dikenali sebagai ahu di sekeliling pulau. Hampir kesemua moai memiliki kepala besarnya tige per lima dari saiz badan mereka. Moai tersebut kebanyakannya muka hidup nenek moyang yang didewakan. Patung-patung tersebut masih merenung merentasi tanah mereka apabila orang Eropah mula melawat pulau tersebut, tetapi akan ditumbangkan kemudian semasa pertelingkahan antara puak-puak.




13. Acropolis of Athens
Juga dikenali sebagai benteng Athens adalah Acropolis terbaik di dunia. Ia berada pada ketinggian 150 m di atas permukaan laut dan luas permukaan adalah sekitar 3 hektar. Ia merupakan pusat pentadbiran, agama dan pertahanan. Acropolis mula dibangunkan pada 1,300 SM yang sebenarnya sebuah kota kecil yang permai, sehingga kerajaan kerajaan Persia menghancurkannya pada 480 SM. Setahun kemudian, tentera Yunani mengalahkan Persia dan membangun kuil-kuil itu. Bangunan Perthenon dikatakan sebagai 'kesempurnaan terbesar dari karya kuil Doric yang pernah dibangun', sebuah penampilan dengan kadar sempurna telah dihasilkan


14. Hagia Sophia 
Ia merupakan satu muzium di kota Istanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935 (jangan tertukar dengan masjid Sultan Ahmed yee!!)


15. Timbuktu
Kota terpenting ini dalam sejarah peradaban Islam di benua Afrika, telah berubah menjadi wilayah yang terpencil. Situasi dan pemandangan 'negeri di hujung dunia' begitu jelas bila dibandingkan dengan Timbuktu 900 tahun yang lalu iaitu ketika Islam mencapai kejayaannya di wilayah itu. Sejarah tercatat pada abad ke-12  M, Timbuktu menjelma sebagai salah satu kota pusat ilmu pengetahuan dan peradaban Islam yang termasyhur. Pada era kejayaan Islam, Timbuktu sempat menjadi pusat perdagangan terkemuka di dunia. Bandar yang terletak di tengah-tengah Afrika ini merupakan bandar perdagangan darat tetapi memiliki beberapa buah masjid yang diperbuat daripada tanah liat berusia lebih 500 tahun


16. The Kremlin and Red Square
Juga dikenali sebagai Gereja Kremlin (bangunan sebelah kanan dalam gambar) dan Saint Basil (katedral seperti kubah). Berkait rapat dengan peristiwa sejarah dan politik yang paling penting di Rusia sejak abad ke-13, Kremlin (dibina pada abad ke-14 dan 17 oleh arkitek Rusia dan asing) adalah tempat kediaman Putera Agung dan juga merupakan pusat keagamaan. DI kaki benteng tersebut, di Red Square, St. Basil adalah satu monumen yang paling indah Ortodoks Rusia


17. The Statue of Liberty
Liberty Enlightening the World, lebih dikenali dengan nama The Statue of Liberty atau patung kebebasan adalah patung berukuran raksasa yang terletak di Pulau Ellis, muara Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat. Patung ini dihadiahkan oleh Perancis untuk Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan merupakan suatu simbol selamat datang untuk pegunjun, imigran dan orang Amerika untuk pulang ke tanah air mereka. 

Patung yang diberikan pada 28 Okt 1886 merupakan hadiah seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat dan merupakan simbol persahabatan antara kedua-dua negara. Pemahat patung adalah Frederic Liberty (warga Perancis) adalah salah satu lambang AS yang paling terkenal di seluruh dunia dam melambangkan kemerdekaan dan kebebasan.


18. Kiyomizu-dera
Merupakan kuil Budha kuno yang dibangunkan pada tahun 798 dan sudah 1- kali mengalami kerosakan atau terbakar akibat peperangan dan bencana alam. Di belakang kuil utama terdapat kuil Jishu-Jinja yang disebut dengan Dewa Perjodohan dan di depan kuil terdapat 2 batu yang sering disebut 'Batu Buta' dan 'Batu Peramal Cinta'.


19. Eiffel Tower
Menara Eiffel ialah menara besi dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Ia adalah bangunan tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan sempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen paling krerap dilawati di dunia. Menara ini memiliki ketinggian 300m dan di atasnya terdapat antenatelevisyen setinggi 24m 


20. Opera House
Pernah menjadi antara 7 keajaiban dunia. Ketika Sydney Opera House selesai pada tahun 1973, bangunan mercu tanda ini sebenarnya meletakkan seluruh benua Australia di atas peta dunia. Sydney Opera House dan Sydney harbour Bridge menjadikan kedua-dua sebagai mercu tanda negara Australia. Ia merupakan tempat untuk pelbagai pertunjukan teater muzikal, opera, opereta, balet dan lain-lain seni teater. Reka bentuk adalah berdasatkan kerja Jorn Utzon, seorang arkitek dari Denmark pada tahun 1957 yang kemudiannya membantu dalam pembinaan opera itu

1 comment: