Thursday, December 30, 2010

7 KEAJAIBAN DUNIA KUNO

saya terangkan secara ringkas sahaja yaa...


1. Piramid Giza
Merupakan satu-satunya struktur yang masih kukuh sehingga kini. Dibina pada tahun 2650 - 2500 SM  oleh firaun Khufu pada Dinasti Mesir ke-4.

Gambaran Taman Tergantung Babylon
Gambaran kini

2. The Hanging Garden of Babylon.
Gambar tersebut merupakan gambaran Taman tergantung Babylon. Ia dibina sekitar 600 SM. Taman Tergantung Babylon telah musnah sama sekali setelah abad ke-1 SM berkemungkinan disebabkan oleh gempa bumi.

Gambaran Kuil Artemis
Gambaran kini

3. Temple of Artemis di Ephesus
Kuil Artemis merupakan kuil tamadun Yunani purba dibina untuk menyembah Artemis. Kuil ini dibina pada tahun 550 SM di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. Tetapi dimusnahkan akibat terbakar pada 356 SM oleh Herostratus bertujuan untuk mencatatkan namanya dalam sejarah.

Gambaran Berhala Zeus
Gambaran kini

4. Statue of Zeus di Olympus
Berhala zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (kurun ke-5 SM) pada 435 SM. Dibina di Bandar Kuno Olympia, sekitar 150km barat Greece. Namun ia musnah akibat kebakaran pada abad ke-6 SM dan abad ke-5 SM 

Gambaran Makam Mausollos
Gambaran kini

5. Mausoleum of Halicarnassus
Makam Mausollos di Halicarnassus (kini Bodrom, Turki) merupakan makam besar dibina untuk Curia Mausollos oleh isteri dan adiknya. Tinggi makam ini 45m. Dibina antara 353 dan 350 SM. Bangunan ini akhirnya musnah akibat gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15


6. Collossus of Rhodes
Patung Raksasa Rhodes merupakan sebuah patung besar yang melambangkan Tuhan Yunani purba Helios yang terletak di Rhodes, iaitu sebuah pulau di Yunani. Didirikan oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM. Patun raksasa ini berdiri setinggi 30m dan diperbuat daripada gangsa. Selepas 56 tahun dibina, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM

Gambaran Rumah Api Iskandariah
tapak Rumah Api Iskandariah

7. Lighthouse of Alexandria
Rumah Api Iskandariah ialah sebuah rumah api dibina pada abad ke-3 SM di Pulau Pharos berhampiran dengan Kota Iskandariah purba, Mesir Purba. Dua gempa bumi pada tahun 1303 dan 1323 telah meruntuhkan bangunan ini

No comments:

Post a Comment